Wednesday, August 5, 2015

SITU PATENGGANG




SITU PATENGGANG

Danau Patenggang atau juga dikenal dengan nama Situ Patenggang (situ bererti danau dalam Bahasa Sunda) berada di dataran tinggi dengan ketinggian sekitar 1600 meter dari permukaan laut dan berada di kaki Gunung Patuha. Kedudukannya yang tinggi, anda akan merasakan udara yang sejuk dan segar di kala mengunjungi danau ini.

Lokasinya terletak di bahagian selatan kota Bandung di Ciwidey dan mengambil masa lebih 2 jam perjalanan dari kota Bandung.

Dalam perjalanan menuju ke Situ Patenggang anda akan menikmati pemandangan hamparan kebun the yang menghijau dan menyejukkan mata. Jalan yang anda akan lalui adalah jalan yg bengkang bengkuk. Ia seperti jalan dari Tapah ke Cameron Highland Pahang di Malaysia.

Di tepi danau, terdapat perahu perahu yang berwarna warni yang memang bersedia menunggu pengunjung pengunjung yang tiba untuk dibawa mengelilingi danau Situ Patenggang. Tawar menawar harus dilakukan terlebih dahulu sehingga dapat harga yang betul betul sepakat antara satu sama lain.

Mereka akan membawa anda mengelilingi danau dan mengunjungi ke sebuah pulau yang terdapat di tengah danau tersebut. Pulau ini tidak terlalu besar dan hanya ditumbuhi pokok pokok yang rendang. Disini terdapat sebuah batu besar yang menjadi tandanya. Batu ini disebut Batu Cinta. Anda boleh berehat sebentar di sini sambil mengambil gambar gambar kenangan.





Batu Cinta berasal dari sebuah lagenda Jawa Barat. Di tempat inilah Ki Santang dan Dewi Rengganis, sepasang kekasih yang bercinta secara sulit bertemu di danau ini sebelum mereka berpisah buat selamanya. Air yang mengisi danau ini berdasarkan mitos masyarakat Patengan adalah deraian airmata pasangan tersebut.

Oleh itu, ada sebilangan masyarakat menyebut Situ Patenggang sebagai Situ Penganten. Mereka juga percaya bahawa jika mengunjungi Lokasi Batu Cinta bersama pasangan, maka hubungan pasangan tersebut akan kekal abadi.

Situ Patenggang sememangnya adalah sebuah danau yang amat menarik untuk dikunjungi. Bukan sahaja pelbagai ceritanya yg menarik malah keindahan serta kesejukkan disini membuatkan anda akan rasa tenang dan segar sentiasa.

Situ Patenggang, Lokasi Batu Cinta dan Kawah Putih berada di lokasi yang berdekatan antaranya. Ini bermakna anda boleh mengunjunginya sekaligus.

Tiket Masuk 
RP 185 000 Dewasa
RP 135 000 Kanak Kanak 

Mahu ke sini ? Anda boleh memilih pakej pakej kami yang tersedia.

Pakej Murah Lagi Bajet !!

Hubungi/Whatsapp/Temujanji

012 3787370 (Malaysia)
+628 174 27 300 (Bandung)


PT BINA PUTRA PARIWISATA
BINTANG CAR TRAVEL
AHU/LESEN 0000801
jl kol Masturi No 70 Bandung Lembang
Jawa Barat Indonesia
Office : +62817427300
 




No comments:

Post a Comment