Thursday, August 6, 2015

FLOATING MARKET LEMBANG






FLOATING MARKET LEMBANG

Floating Market Lembang adalah kawasan rekreasi berciri alam kedesaan yang asli dan sejuk serta dilengkapi dengan segala keunikannya tersendiri. Ia di buka pada 12 Disember 2012.

Kawasan rekreasi ini adalah seluas lebih dari 7 hektar dengan sebuah danau bernama Situ Umar. Floating Market Lembang menawarkan keunikan pasar terapung dimana peniaga peniaga beroperasi diatas perahu seperti di Bangkok.

Namun begitu, pasar terapung di sini tidak menjual barangan mentah tetapi di sebaliknya mereka menjual pelbagai jenis makanan yang enak enak seperti bakso tahu, colenak, siomay, lotek, jagung bakar, karedok, otak otak, ketan bakar, duren bakar, jamur, dim sum dan macam macam lagi. Harganya bermula dari Rp5,000 hinggalah ke Rp35,000. Perahu perahu yang menjual pelbagai makanan disini juga telah diatur dan disusun dengan rapi sekali. Jumlahnya lebih kurang dalam 46 perahu dengan pelbagai jualan barangan yang berbeza antaranya.

Selain pasar terapung, disini juga terdapat kemudahan gazebo di sekitar danau yang boleh anda sewa dalam Rp65,000 per jam. Terdapat juga kawasan permainan dan aktiviti aktiviti yang menarik dan sesuai untuk kanak kanak serta keluarga.

Antara Aktiviti

Memberi makan ikan

Memberi makan angsa

Memberi makan kelinci

Kenu

ATV

Flying Fox

Perahu Kayuh

Sepeda Air

Sampan

Kebun Strawberi

Kebun sayur organic






Harga tiket masuk untuk permainan di Floating Market Lembang ini dalam lingkungan dari Rp20,000 hingga Rp70,000. Selain itu, terdapat juga restoran dan factory outlet disini.

Harga tiket masuk ke Floating Market Lembang adalah Rp20,000 seorang dan Rp5,000 per kereta. Tiket masuk ini boleh ditukarkan dengan pelbagai jenis minuman panas di dalamnya seperti Lemon Tea, Milo, Coffee Latte dan Coco Latte.

Untuk berbelanja dan bermain di kawasan permainan permainan Floating Market Lembang ini, anda harus menukarkan wang anda dengan token token yg tersedia. Tokennya terdapat 4 jenis warna dengan nilai yang berbeza seperti 5,000 (kuning), 10,000 (biru), 20,000 (merah), 50,000 (merah jambu) dan 100,000 (oren). Kami nasihatkan lebih baik anda menukarkan wang anda dengan token token yang bernilai 5,000 dan 10,000 sahaja dengan jumlah yang banyak. Diingatkan wang yang ditukarkan dengan token tidak akan ditukarkan dengan wang kembali. Sekiranya ada baki token anda boleh membawanya untuk kunjungan yang akan datang atau di bawa balik sebagai kenangan.


Boleh didapati dalam pakej kami di Bintangcar Travel and Transport.

Pakej Murah Lagi Bajet !

Hubungi/Whatsapp

012 3787370 (Malaysia)
+628 174 27300 (Bandung)

PT BINA PUTRA PARIWISATA
BINTANG CAR TRAVEL
AHU/LESEN 0000801
jl kol Masturi No 70 Bandung Lembang
Jawa Barat Indonesia
Office : +62817427300


Wednesday, August 5, 2015

SITU PATENGGANG




SITU PATENGGANG

Danau Patenggang atau juga dikenal dengan nama Situ Patenggang (situ bererti danau dalam Bahasa Sunda) berada di dataran tinggi dengan ketinggian sekitar 1600 meter dari permukaan laut dan berada di kaki Gunung Patuha. Kedudukannya yang tinggi, anda akan merasakan udara yang sejuk dan segar di kala mengunjungi danau ini.

Lokasinya terletak di bahagian selatan kota Bandung di Ciwidey dan mengambil masa lebih 2 jam perjalanan dari kota Bandung.

Dalam perjalanan menuju ke Situ Patenggang anda akan menikmati pemandangan hamparan kebun the yang menghijau dan menyejukkan mata. Jalan yang anda akan lalui adalah jalan yg bengkang bengkuk. Ia seperti jalan dari Tapah ke Cameron Highland Pahang di Malaysia.

Di tepi danau, terdapat perahu perahu yang berwarna warni yang memang bersedia menunggu pengunjung pengunjung yang tiba untuk dibawa mengelilingi danau Situ Patenggang. Tawar menawar harus dilakukan terlebih dahulu sehingga dapat harga yang betul betul sepakat antara satu sama lain.

Mereka akan membawa anda mengelilingi danau dan mengunjungi ke sebuah pulau yang terdapat di tengah danau tersebut. Pulau ini tidak terlalu besar dan hanya ditumbuhi pokok pokok yang rendang. Disini terdapat sebuah batu besar yang menjadi tandanya. Batu ini disebut Batu Cinta. Anda boleh berehat sebentar di sini sambil mengambil gambar gambar kenangan.





Batu Cinta berasal dari sebuah lagenda Jawa Barat. Di tempat inilah Ki Santang dan Dewi Rengganis, sepasang kekasih yang bercinta secara sulit bertemu di danau ini sebelum mereka berpisah buat selamanya. Air yang mengisi danau ini berdasarkan mitos masyarakat Patengan adalah deraian airmata pasangan tersebut.

Oleh itu, ada sebilangan masyarakat menyebut Situ Patenggang sebagai Situ Penganten. Mereka juga percaya bahawa jika mengunjungi Lokasi Batu Cinta bersama pasangan, maka hubungan pasangan tersebut akan kekal abadi.

Situ Patenggang sememangnya adalah sebuah danau yang amat menarik untuk dikunjungi. Bukan sahaja pelbagai ceritanya yg menarik malah keindahan serta kesejukkan disini membuatkan anda akan rasa tenang dan segar sentiasa.

Situ Patenggang, Lokasi Batu Cinta dan Kawah Putih berada di lokasi yang berdekatan antaranya. Ini bermakna anda boleh mengunjunginya sekaligus.

Tiket Masuk 
RP 185 000 Dewasa
RP 135 000 Kanak Kanak 

Mahu ke sini ? Anda boleh memilih pakej pakej kami yang tersedia.

Pakej Murah Lagi Bajet !!

Hubungi/Whatsapp/Temujanji

012 3787370 (Malaysia)
+628 174 27 300 (Bandung)


PT BINA PUTRA PARIWISATA
BINTANG CAR TRAVEL
AHU/LESEN 0000801
jl kol Masturi No 70 Bandung Lembang
Jawa Barat Indonesia
Office : +62817427300
 




Monday, August 3, 2015

JAKARTA - PUNCAK BOGOR - BANDUNG

JAKARTA

GEDUNG SATE BANDUNG

TAMAN SAFARI BOGOR


JAKARTA - PUNCAK BOGOR - BANDUNG
 5 DAYS 4 NIGHTS

INCLUDES
 Hotels
     1 night in Jakarta
     1 night in Puncak
*2 night in Bandung
 Transport and Driver
  Breakfast/Lunch/Dinner
 Tickets visit :
     Tangkuban Perahu and Sari Ater
     Floating Market and Taman Safari
 Tipping
(Other than the above are not included)

Notes :
Package not include with flight ticket
  Surcharge fees RP 100 000 per person for visit Tangkuban

 on weekend/public holiday
 Big day or holiday subject to surchange
  Booking @ Deposit RM100 per person


col/wa
for inquiry 
012 3787370 (Malaysia)
+628 174 27300 (Bandung)

IG : @lets_holiday
PAGE : Sewa Kereta Jalan Shopping Tour Bandung


PT BINA PUTRA PARIWISATA
BINTANG CAR TRAVEL
AHU/LESEN 0000801
jl kol Masturi No 70 Bandung Lembang
Jawa Barat Indonesia
Office : +62817427300



Friday, July 31, 2015

KAMPUNG GAJAH WONDERLAND









KAMPUNG GAJAH WONDERLAND

Kampung Gajah Wonderland adalah salah satu tempat rekreasi yang terletak di Lembang wilayah utara Badung. Tempat rekreasi ini amat sesuai di kunjungi oleh pelbagai lapisan peringkat usia dari kanak kanak hingga ke dewasa.

Mereka yang melancung ke Bandung, Khaty mencadangkan tempat rekreasi ini dimasukkan di dalam senarai pelancongan anda. Lebih lebih lagi yang datang melancong bersama keluarga. Setelah penat membeli belah dan menempuh kesibukan serta kesesakan Kota Bandung, apa kata anda bawa keluarga anda ke sini untuk berhibur dan berehat. Sekurang kurangnya ada aktiviti keluarga terutamanya anak anak yang mungkin sudah ada rasa bosan mengikut ibubapanya yang leka dengan 'shopping'.

Jika di Malaysia, kawasan ini adalah seperti di Sunway Lagoon di Subang Jaya Selangor atau Gambang di Pahang.

Kampung Gajah Wonderland mempunyai banyak jenis permainan yang sesuai untuk kanak kanak hingga dewasa.

Antaranya :

BUMPERBOAT    Rp40,000

MINI ATV    Rp20,000

CHILD PLAYGROUND    Rp20,000

BUGGY FAMILY    Rp80,000

BUGGY FUTURISTIC    Rp50,000

SIDECAR    Rp40,000

DELMAN ROYAL    Rp60,000

HORSE RIDING    Rp20,000

TUBBY    Rp20,000

FUTURISTIC TRAIN    Rp15,000

SKY RIDER    Rp40,000

FORMULA KART    Rp50,000

BODYCYCLE    Rp15,000

4D RIDER    Rp50,000

SEGWAY    Rp100,000

WATERBOOM

TRAMPOLIN

SESPAN

SKY VIEW

PETIK STRAWBERRY

FACE PAINTING


Manakala Waterboom di Kampung Gajah Wonderland mempunyai kemudahan yang berikut :

KIDDY POOL

WAPE POOL

BUNGE TRAMPOLINE

OCTOPUS RACER

BIG TORNADO

AQUA BOAT


Tiket masuk ke Waterboom ini dijual secara berasingan iaitu :
ISNIN - KHAMIS    Rp100,000
JUMAAT - AHAD DAN CUTI UMUM    Rp125,000


Tiket masuk ke Kampung Gajah Wonderland sahaja :
ISNIN - KHAMIS    Rp10,000
JUMAAT - AHAD DAN CUTI UMUM    Rp20,000
(untuk permainan anda boleh memilih permainan yang anda mahu dan suka berdasarkan harga harga tiket mengikut jenis permainan seperti yang tentera diatas)


Tiket masuk ke Kampung Gajah Wonderland + semua kawasan permainan kecuali Waterboom
ISNIN - KHAMIS    Rp150,000
JUMAAT - AHAD DAN CUTI UMUM    Rp250,000


MAKLUMAT PENTING

Harga harga tiket seperti yang tercatat diatas dikatakan sah hingga AUGUST 2015 sahaja. Harga harga tiketnya sentiasa berubah dan tidak tetap pada satu satu masa. Khaty menasihatkan sila dapatkan info info terkini berkaitan harga tiket dari pihak kami, Bintangcar Travel and Transport atau hubungi Khidmat Pelanggan Kampung Gajah Wonderland di no +022 88884012.


Jika kelaparan , jangan bimbang, di dalam Kampung Gajah Wonderland terdapat 4 jenis restoran yang berbeza. Antaranya :

RESTORAN SUNDA
RESTORAN BARAT
RESTORAN JEPUN
RESTORAN ORIENTAL


Waktu Beroperasi

ISNIN - JUMAAT    9 AM - 6 PM
SABTU - AHAD DAN CUTI UMUM    8 AM - 6 PM


HABIS CERITA .. JOM KE KAMPUNG GAJAH .. MAIN MAIN AIR .. HILANGKAN STRESS  JOM BINCANG BINCANG DAN BOOKING DENGAN KAMI ..

HUBUNGI/WHATSAPP

012 3787370 (Malaysia)
+628 174 27 300 (Bandung)


PT BINA PUTRA PARIWISATA
BINTANG CAR TRAVEL
AHU/LESEN 0000801
jl kol Masturi No 70 Bandung Lembang
Jawa Barat Indonesia
Office Tel : +62817427300

  

Thursday, July 30, 2015

BINTANG CAR TRAVEL AGENT & TRANSPORT




BINTANG CAR TRAVEL AGENT AND TRANSPORT
BANDUNG INDONESIA

Bintang Car Travel is one of the best Travel Agent Bandung in Bandung. Bintang Car Travel provides Bandung Holiday Budget Package which beginning with the rental car and hotel.
 Our pak supir (drivers) are very professional and friendly. They will take you anywhere during your holiday in the Bandung city.

We are also one of Travel Agent Bandung which has been the choice of the majority of Malaysians. They are also frequently repeat booking with us on their holiday as per in Bandung before. We are also being managing the tourist leisure travelers from Western countries.

Details please Call/WhatsApp
012 3787370 (Malaysia)
+628 174 27 300 (Bandung)

PT BINA PUTRA PARIWISATA
BINTANG CAR TRAVEL
AHU/LESEN 0000801
jl kol Masturi No 70 Bandung Lembang
Jawa Barat Indonesia
Office : +62817427300

BANDUNG INDONESIA

 

 

BANDUNG INDONESIA

Bandung merupakan bandar yang ke dua terbesar selepas Jakarta. Ianya berkeluasan sekitar 3,600 kilometer persegi dan terdiri daripada 26 buah kota dengan penduduk kira-kira 42 juta orang. Wilayah ini mempunyai pelbagai tarikan pelancongan seperti 287 objek pelancongan alam sekitar,104 pelancongan budaya dan 168 pelancongan dengan minat khusus. Sebanyak 13 kota rayanya pula memiliki corak batik khas daerah masing-masing.

Kota Bandung yang sinonim dengan jolokan ‘Paris Van Java itu tebal dengan elemen kebudayaan yang mana penduduknya kebanyakan berketurunan Melayu Sunda. Elemen kebudayaan itu bersatu dengan kekayaan alam semula jadinya yang menjadikan ianya begitu menarik untuk diterokai.

Hamparan sawah padinya yang luas dan kehijauan ladang teh di kaki gunung, serta udaranya yang nyaman dapat menimbulkan rasa yang sangat mendamaikan.  Gabungan kesemua itu umpama sebuah lukisan yang sungguh luar biasa indahnya.

Dengan ketinggiannya 768 meter dari aras laut, ianya memberikan suasana udara yang nyaman. Ianya dikelilingi pula oleh beberapa buah gunung berapi yang masih aktif seperti gunung berapi Tengkubung Perahu, Papandayan, Guntur, Ciremai dan banyak lagi.

Selain daripada bentuk muka buminya yang mengasyikan itu, kota Bandung juga sangat terkenal dengan pusat membeli belahnya. Anda boleh mendapatkan pelbagai barangan berjenama antarabangsa dengan harga yang sangat berpatutan. Antara tempat membeli belah yang mashyur ialah Rumah Mode, Mode Plus, Donatello, The Summit Butique Outlet dan banyak lagi.

Pasar Baru pula terkenal dengan produk kain ela, baju kebaya, telekung dan pelbagai macam lagi dengan harganya berganda-ganda murahnya berbanding dengan di Malaysia. Bagi peminat barangan kulit pula, anda boleh mendapatkannya di Jalan Cibadayut yang ditawarkan dengan harga yang cukup  murah.  Pendek kata, kota Bandung memang sesuai jika dinamakan sebagai ‘syurga membeli belah’.

Justru itu tidak hairanlah begitu ramai rakyat Malaysia  datang kesana untuk berbelanja di samping menenangkan fikiran setelah penat bekerja. Jangan lepaskan peluang untuk menerokai segala keindahan dan pengalaman membeli belah di kota Bandung. Kini dengan kos kurang RM1,000 anda boleh mendapatkan percutian yang menarik seperti di atas bersama kami di Bintangcar Travel and Transport.

Hubungi/WhatsaApp
o12 3787370 (Malaysia)
+628 174 27 300 (Bandung)

PT BINA PUTRA PARIWISATA
BINTANG CAR TRAVEL
AHU/LESEN 0000801
jl kol Masturi No 70 Bandung Lembang

 Jawa Barat Indonesia
Office : +62817427300


Monday, July 27, 2015

BANDUNG TOUR PACKAGE

===========================
BANDUNG 3H2M 2017
HOTEL & TRANSPORT 
(In Out Airport Bandung)
===========================

2 pax RM 310 /pax
3 pax RM 228 /pax
4 pax RM 210 /pax
5 pax RM 181 /pax
6 pax RM 176 /pax
7 pax RM 203 /pax
8 pax RM 197 /pax
9 pax RM 182 /pax
10 pax RM 180 /pax
11 pax RM 169 /pax
12 pax RM 185 /pax
13 pax RM 175 /pax
14 pax RM 174 /pax
15 pax RM 167 /pax

===========================
JAKARTA - BANDUNG 2017
HOTEL+TRANSPORT 3H2M
(In Out Airport Jakarta)
===========================

2 pax RM 426 /pax
3 pax RM 306 /pax
4 pax RM 268 /pax
5 pax RM 228 /pax
6 pax RM 215 /pax
7 pax RM 232 /pax
8 pax RM 222 /pax
9 pax RM 205 /pax
10 pax RM 200 /pax
11 pax RM 187 / pax
12 pax RM 204 /pax
13 pax RM 193 / pax
14 pax RM 190 /pax
15 pax RM 182 /pax

PAKEJ TERMASUK
Hotel 2* (Victoria/Serena/Citra Dream)
Breakfast
Transport + Driver 
Petrol Tol Parking
Upah/Makan Driver

Harga tidak sah di waktu/musim peak season/public holiday di Indonesia.

Harga pakej adalah utk dewasa & kanak2 berusia 5 tahun ke atas.

Kanak2 berusia 4 tahun kebawah adalah PERCUMA

Tidak Termasuk
Tiket Pesawat
Tiket Lawatan Individu
Tiket Masuk Kenderaan (Lawatan)
Lunch/Dinner

Contact/Watsapp
Bandung +62817427300 Ujang
Malaysia 012 3787370 Khaty

Email : bintangcar.sales@gmail.com

Page : sewa kereta shopping jalan tour bandung

Follow IG : @lets_holiday

pakejcutimurahbandung.blogspot.com

PT BINA PUTRA PARIWISATA
(Bintang Car Travel)
AHU/Lesen 0000801
Jl Kol Masturi No 70
Lembang Bandung
Jawa Barat Indonesia
Tel Off : +62222789716
Fax : +62222789716
Kode Pos : 40391





RENTAL CAR SERVICES BANDUNG

PERKHIDMATAN KERETA SEWA MURAH BANDUNG TOUR

Toyota Avanza
Suzuki AVP
Daihatsu Xenia
Daihatsu Luxio
Nissan Evalia
IDR 450 000 Sehari
Kapasiti Max 6 Orang

Toyota Innova
IDR 600 000 Sehari
Kapasiti Max 6 Orang
  
Van/Coster
7,8,9,10,11,12 Seat
IDR 800 000 Sehari

Van/Coster/Toyota Hiace Comuter
13,14,15,16,17,18 Seat
IDR 900 00 Sehari
  
SEWA TERMASUK
Pemandu @ Pak Sopir
Petrol Tol Parking Upah

INFO
Caj Tiket Masuk Untuk Setiap Orang 
dan Setiap Kereta Tidak Termasuk

HUBUNGI/WHATSAPP
012 3787370 (Malaysia)
+628 174 27 300 (Bandung)

PT BINA PUTRA PARIWISATA
BINTANG CAR TRAVEL
AHU/LESEN 0000801
jl Kol Masturi No 70 Bandung Lembang
Jawa Barat Indonesia
Office Tel : +62817427300