Thursday, August 6, 2015

FLOATING MARKET LEMBANG






FLOATING MARKET LEMBANG

Floating Market Lembang adalah kawasan rekreasi berciri alam kedesaan yang asli dan sejuk serta dilengkapi dengan segala keunikannya tersendiri. Ia di buka pada 12 Disember 2012.

Kawasan rekreasi ini adalah seluas lebih dari 7 hektar dengan sebuah danau bernama Situ Umar. Floating Market Lembang menawarkan keunikan pasar terapung dimana peniaga peniaga beroperasi diatas perahu seperti di Bangkok.

Namun begitu, pasar terapung di sini tidak menjual barangan mentah tetapi di sebaliknya mereka menjual pelbagai jenis makanan yang enak enak seperti bakso tahu, colenak, siomay, lotek, jagung bakar, karedok, otak otak, ketan bakar, duren bakar, jamur, dim sum dan macam macam lagi. Harganya bermula dari Rp5,000 hinggalah ke Rp35,000. Perahu perahu yang menjual pelbagai makanan disini juga telah diatur dan disusun dengan rapi sekali. Jumlahnya lebih kurang dalam 46 perahu dengan pelbagai jualan barangan yang berbeza antaranya.

Selain pasar terapung, disini juga terdapat kemudahan gazebo di sekitar danau yang boleh anda sewa dalam Rp65,000 per jam. Terdapat juga kawasan permainan dan aktiviti aktiviti yang menarik dan sesuai untuk kanak kanak serta keluarga.

Antara Aktiviti

Memberi makan ikan

Memberi makan angsa

Memberi makan kelinci

Kenu

ATV

Flying Fox

Perahu Kayuh

Sepeda Air

Sampan

Kebun Strawberi

Kebun sayur organic






Harga tiket masuk untuk permainan di Floating Market Lembang ini dalam lingkungan dari Rp20,000 hingga Rp70,000. Selain itu, terdapat juga restoran dan factory outlet disini.

Harga tiket masuk ke Floating Market Lembang adalah Rp20,000 seorang dan Rp5,000 per kereta. Tiket masuk ini boleh ditukarkan dengan pelbagai jenis minuman panas di dalamnya seperti Lemon Tea, Milo, Coffee Latte dan Coco Latte.

Untuk berbelanja dan bermain di kawasan permainan permainan Floating Market Lembang ini, anda harus menukarkan wang anda dengan token token yg tersedia. Tokennya terdapat 4 jenis warna dengan nilai yang berbeza seperti 5,000 (kuning), 10,000 (biru), 20,000 (merah), 50,000 (merah jambu) dan 100,000 (oren). Kami nasihatkan lebih baik anda menukarkan wang anda dengan token token yang bernilai 5,000 dan 10,000 sahaja dengan jumlah yang banyak. Diingatkan wang yang ditukarkan dengan token tidak akan ditukarkan dengan wang kembali. Sekiranya ada baki token anda boleh membawanya untuk kunjungan yang akan datang atau di bawa balik sebagai kenangan.


Boleh didapati dalam pakej kami di Bintangcar Travel and Transport.

Pakej Murah Lagi Bajet !

Hubungi/Whatsapp

012 3787370 (Malaysia)
+628 174 27300 (Bandung)

PT BINA PUTRA PARIWISATA
BINTANG CAR TRAVEL
AHU/LESEN 0000801
jl kol Masturi No 70 Bandung Lembang
Jawa Barat Indonesia
Office : +62817427300


No comments:

Post a Comment